Click Here

AIR


   


“Uurgh, Mak... kenapa air ni rasa tak sedap .

Dan rasanya juga pelik serta berlainan.

Saya tak nak minum lah.”

 
Berapa kali pernah kita dengar anak kita menyatakan demikian? Dan lebih lebih lagi berapa kali kita rasa perkara yang sama?
 
Air semula jadi yang tulen – komoditi yang berharga dan mengalami kesukaran memperolehinya.
Ianya semakin sukar untuk kita memperolehi air semula jadi yang tulen bilamana kesan dan akibat dari perindustrian, manusia telah mencemar hampir keseluruhan punca air dengan bahan bahan tercemar, sisa toksik dan pembuangan secara haram bahan bahan kimia. Kini terdapat hampir  120,000 jenis kimia di dunia dan dengan penambahan 1000 jenis yang baru setiap tahun, maka tiada sangsi lagi bahawa ianya mencemari semua punca air dimana jua.
 
Bagaimana pula dengan air paip kita ?
Air paip dari pusat perawatan sepatutnya selamat untuk diminum, namun apabila ia sampai kerumah kita dan melalui pergaliran yang jauh dibawah tanah melalui paip, air ini akan menyerap pelbagai elemen yang tak perlu seperti racun rumpai dan pemusnah, kimia organik dan tak organik, mendapan, karat, lumpur, bahan berat, bakteria, virus dan bahan bahan yang tercemar yang akhirnya meresap kedalam air yang dibekalkan lantas bila diminum ianya menyerap kedalam tubuh badan kita melalui pembuluh darah.

Klorin yang ditambah dipusat perawatan adalah bertujuan untuk membunuh dan mengeluarkan mikrob serta pencemaran dari punca air dan ianya adalah tidak baik untuk tubuh badan kita secara jangka masa panjang. Penghasilan sampingan klorin iaitu ‘chloroform’ terhasil apabila klorin bercampur dengan bahan organik dan ianya amat merbahaya. Kajian menunjukkan bahawa klorin ada kesenimbungan dengan pemasalahan jantung, kanser dan ‘arteriosclerosis’ ( masalah pembuluh darah dan penyakit kulit) . Memasak air tidak mengeluarkan klorin  – ia menukar kepada ‘carcinogen’ yang dipanggil  ‘trihalomethane’ (THM). ‘Carcinogens’ merupakan agen penyebab kanser.
 
Dalam artikel  “Chlorination: A Link Between Heart Disease and Cancer”, Martin Fox, Ph.D. menyatakan:
“Klorin menyebabkan lebihan radikal bebas. Radikal bebas mengakibatkan pemusnahan sel. Apabila sel telah musnah, kita lihat peningkatan dalam serum tahap kolestrol, `atherosclerosis`, kekerasan arteri dan perkembangan plak. Klorin boleh menyebabkan semua pemasalahan yang berhubung kait dengan penyakit jantung dan juga menyebabkan kanser.....Dengan kanser, radikal bebas ini menyebabkan sel `malignant`. Dalam proses tersebut klorin bergabung dengan bahan organik semula jadi seperti pereputan tanaman, sehingga menjadi sumber bahan yang menyumbang pemasalahan kanser’ trihalomethane’ atau haloforms’. Trihalomethanes, disebut sebagai THM's, secara kolektif merangkumi agen penyebab kanser, seperti ‘ chloroforms, bromoforms, arbontectachloride dan lain lain lagi.”
 
Air adalah keperluan

Air, seperti yang kita sedia maklum adalah keperluan bagi semua hidupan. Anda boleh hidup tanpa makanan berminggu minggu tetapi tanpa air tidak mungkin. Secara fakta struktur pemakanan akan tidak lengkap jika elemen terpenting ia itu air tidak diletakkan sebagai asas yang menyokong keseluruhan struktur tersebut. Air adalah perlu untuk menyuburkan sel dan menghantar nutrien keseluruh bahagian anggota tubuh badan kita.  

Kepentingan air serta peranan menyuburkan kesihatan kita telah membuat ramai para penyelidik mendalami kajian mengenai hubung kait diantara ‘dehydration (kekeringan), degeneration (pelupusan) dan penyakit.
Dalam sebuah buku , “Your Body’s Many Cries For Water”, Fereydoon Batmanghelidj. M.D. (‘Dr. B’), penyelidik terkemuka diperingkat antarabangsa, pengarang dan penasihat mengenai penyembuhan semula jadi dari air menyarankan bahawa :

  “Anda tidak sakit, anda cuma dahaga. Jangan merawat dahaga dengan perubatan.”
 
Penyelidikan Dr. B’s telah memberi manafaat kepada ramai orang dan beliau telah muncul dalam temuduga dengan pakar motivasi terkemuka Anthony Robbins. Mengikut kenyatan  Dr. B, banyak jenis penyakit dan pemasalahan terjadi kerana pemasalahan ‘dehydration’ (kekeringan) , yang mana boleh sembuh dengan imbangan yang betul. (hydration.) ini merangkumi  ‘stress, arthritis, asthma, sakit belakang, sembelit, masalah pembuangan air kecil , sakit kepala , panas badan, diabetes, tekanan (hypertension), lupus, `multiple sclerosis, angina`, masalah jantung, kolestrol, mabuk, sengugut, kegemukkan dan kemurungan. Dengan meminum air yang baik seseorang akan menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Air diperlukan :
· Mencegah  3Ds – Dehydration(Pengeringan ), Degeneration (pelupusan) and Disease (Penyakit)
· Membolehkan keberkesanan penyingkiran toksin dan sisa buangan dari dalam badan
· Membolehkan sistem fungsi badan bertindak dengan berkesan
 
Oleh itu adalah penting kita meminum air. Bukan sekadar sebarang jenis air. Bagi mengembalikan tahap kesegaran dan manafaat tubuh badan, kualiti, kandungan dan struktur air mesti memenuhi keperluan tubuh badan kita.  

Dengan keadaan air paip kita sekarang, ramai telah mengambil pendekatan mencari pelbagai jenis air yang diproses dengan harapan mendapat bekalan air yang selamat dan sihat untuk digunakan.

Air selamat  vs. Air sihat

Apakah yang dimaksudkan dengan Air selamat?

‘Air selamat secara umum adalah air yang bebas dari bakteria, virus, `VOCs (volatile organic chemicals), bahan metal, THMs, sisa toksik , bahan pencuci  dan  semua jenis pencemaran  yang menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Air yang telah melalui proses penulenan melalui penyulingan atau `reverse osmosis` adalah selamat, tetapi ianya boleh dikatakan kosong atau `air mati` kerana kesemua mineral telah dilupuskan. Oleh itu air selamat tidak semestinya sihat kerana air itu mungkin tidak baik untuk tubuh badan kerana tidak mengandungi mineral yang diperlukan serta tidak memiliki ciri ciri air yang sihat.

Bagaimana pula dengan Air sihat?

Disamping ianya bersih dan tulen, air sihat adalah air seperti mana azali tentukan. Setengah memanggil ia sebagai ‘air hidup’ kerana ia mempamerkan tenaga dan ciri ciri tulen, segar, tiada pencemaran dan ianya seperti sumber asli seperti air gunung, air mata air yang semula jadi. Air sihat kaya dengan mineral semula jadi dan oksigen serta memiliki caj negatif yang banyak.  

ion (elektrons). Victor Schauberger, Seorang warga Austria, pencinta alam semula jadi dan  saintist, yang memperkenalkan istilah ‘air hidup’ ini pada awal 1900, mendapati air sihat memiliki ciri ciri memori iaitu seperti kluster ‘hexagonal’ yang semula jadi. Struktur yang kaya dengan mineral semulajadi didalamnya terdapat dalam kebanyakan air penyembuhan yang didapati diseluruh dunia.  

Air yang paling sihat dihasilkan dengan penapisan secara selektif mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan bahan asing tetapi tidak mineral, elektron dan kesemua faedah kebaikan kesihatannya .
 
7 Ciri ciri air sihat

1. Ianya bersih, tulen dan tidak dicemari

Air sihat bebas dari pencemaran dan bahan asing Ianya segar, tidak berbau dan tidak memiliki agen penyebab kanser, mikrob dan bahan toksik. Ianya amat menyegarkan.!
2. Ia mengandungi banyak oksigen yang diperlukan untuk menyuburkan sel

Oksigen adalah penting bagi semua hidupan; ia menyuburkan sel anda, meningkatkan tahap ketajaman mental anda dan tahap tenaga serta  membolehkan peningkatan keupayaan fungsi tubuh badan. Oksigen bukan saja dihirup melalui udara anda juga memerlukan nya melalui air yang diminum. Sebaliknya oksigen yang dilarut dalam air menyalurkan aliran yang lebih tepat kepada sel . Ianya akan sampai kedalam darah dalam 30 saat, otak dalam 1 minit, kulit dalam 10 minit dan hati, jantung dan buah pinggang dalam 20 minit.  

3. Ia mengandungi mineral yang diperlukan dan mengesan mineral melalui bentuk ionik

Mineral dan pengesanan mineral dalam air merupakan sumber terbaik bagi tubuh badan kita kerana bentuk ionik lebih mudah serta berkesan untuk diserap berbanding makanan tambahan. Secara semula jadi air segar memiliki kesan mineral semula jadi seperti kalsium, magnesium dan potassium yang mana tubuh badan kita perlukan untuk bertindak.    
 
4. Ianya hidup dengan tenaga yang diperlukan

Air sihat hidup dengan ‘bio-energy’, atau disebut sebagai  ‘chi’ atau ‘natural life force’. Ia meningkatkan ketahanan dan mengembalikan keupayaan tenaga anda. Disamping itu jika anda meminum air mati ia akan mengakibatkan tubuh badan anda kehilangan tenaga yang diperlukan dari simpanan tubuh badan sebelum air tersebut dapat digunakan oleh tubuh badan kita.
 
5. Ia memiliki alkaline pH bagi membantu melawan tahap ‘acidity’ dalam tubuh badan

Pemakanan harian kita, terutamanya makanan yang kaya dengan protein dan minuman berasidik seperti kopi dan kola (memiliki pH - 2.5), menyumbang kepada tahap lebih asiditi tubuh badan. Penyelidikan membuktikan bahawa penyakit membiak dalam persekitaran asidik. Air sihat yang mengandungi ciri ciri alkali dan pH diantara 8.5 hingga 10 membantu meneutral dan melawan tahap asidik. Ianya penting bagi mengimbangi pH darah diantara 7.2 hingga 7.45. pH darah  6.9 boleh menyumbang kepada koma dan kematian.  Badan anda secara tersendiri akan menghentikan sistem penghadaman, menukar suhu badan, menghakis kalsium dari tulang, menghalang fungsi pankreas hanya bagi mengimbangi kadar alkaliniliti hasil dari pemakanan dan tekanan yang kita salurkan.

6. Ia memiliki molekul air yang lebih kecil dan mudah diserap

Kelompok kecil dalam air memberikan kadar penyerapan yang tinggi dan penyerapan yang berkesan. Sekalipun anda meminum 2 atau  3 gelas pada satu masa, anda tidak merasa sebu kerana tubuh badan anda menyerap dengan pantas serta merta. Kebiasaannya air paip memiliki molekul yang besar lantas ianya kurang berkesan.

7. Paling penting, ianya memiliki ciri ciri Antioxidan yang tinggi

Salah satu ciri air sihat yang penting adalah tinggi kadar antioxidan. Oxidasi adalah seperti melihat sebiji buah epal yang baru dipotong bertukar warna selepas beberapa minit Oksidasi juga berlaku dalam tubuh badan kita dimana selepas beberapa tempuh masa ia mengakibatkan berlakunya proses penuaan dan beberapa pemasalahan serius yang lain seperti penyakit dan kemudaratan lain.
 
Carta dibawah menunjukkan kesan oksidasi terhadap organ penting kita:
 

KESAN OKSIDASI TERHADAP ORGAN PENTING

Tisu yang dioksidasi

Mengakibatkan

Liver (Hati)
Pancreas (Pankreas)
Kidney (Buah Pinggang)
Hepatitis, Cirrhosis, Cancer
Pancreatitis, Diabetes, Cancer
Nephritis, Nephrosis, Cancer
 
Dr. Hidemitsu Hayashi, M.D., Pengarah Institiut Air Jepun, menulis dalam artikel   “Benefits of Alkaline, Ionized Water”, menyatakan bahawa:

“Molekul oksigen yang aktif akan jadi terlalu ‘ reactive’dan boleh menggabungkan ciri nya kepada tahap normal, sel yang sihat akan terhakis secara genetik. Radikal oksigen yang aktif akan mencuri elektron dari molekul yang normal dan sihat. Pengambilan elektron melalui oksigen yang aktif ini akan mengoksidasikan tisu dan menyebabkan penyakit..”

“… Jika kita dapat mencari kaedah yang berkesan untuk menghalang oksidasi tisu yang sihat oleh oksigen yang aktif,maka kita akan dapat kaedah yang berkesan untuk menghalang penyakit … Salah satu cara untuk melindugi tisu yang sihat dari kerakusan oksidasi akibat dari oksigen yang aktif adalah dengan membekalkan elektron yang percuma agar radikal oksigen yang aktif meneutralkan tahap oksidasi serta potensinya dan menghalang dari berlaku tindak balas terhadap tisu yang sihat itu.”
 
Oxidasi, merupakan fungsi biasa terhadap metabolisma dan fungsi sel, serta pecahan elektron dari beberapa molekul. Molekul ini dipanggil radikal bebas dimana ia akan mencuri elektron dari molekul berdekatan untuk baik pulih lantas molekul lain ini juga akan berbuat demikian secara terus menerus.  Kerakusan pusingan oksidasi ini berhenti bila elektron dari molekul ini berlebihan atau didermakan. Pendermaan molekul ini dipanggil ‘antioxidan’. Alam semula jadi membekalkan ini melalui  Vitamins C dan  E, Beta Carotene, Selenium dll. Sumber ini adalah agen pengurangan. Ia membekalkan elektron yang bebas radikal serta menghalang perhubungan radikal bebas ini dengan tisu yang biasa. Kajian membuktikan bahawa mereka yang sering kali mengambil dos antioksidan yang besar serta mempunyai kadar potensi yang rendah terhadap sakit jantung, kanser dan penyakit penyakit kronik.

Pencemaran, kimia, perisa makanan, racun perosak, klorin, antibiotik dll dianggap sebagai pemangkin terhadap proses mempercepatkan oksidasi lantaran peningkatan keperluan antioksidan. Pada masa yang sama kita memakan makanan yang boleh dikatakan tiada mempunyai zat vitamin atau antioksidan dimana ianya telah pun lupus semasa proses tersebut.   Minum air paip menambah kepada pemasalahan tersebut.

Kenapa?

Air paip biasa memiliki redox yang positif dan kebanyakannya berukuran diantara  +400mV to +500mV. Oleh kerana ia memiliki redox yang positif ianya memerlukan elektron dan oksidasi molekul lain lantaran mengambil elektron dari tubuh badan melalui aliran tenaga.

Redox adalah gabungan perkataan pengurangan (lebihan elektron) dan oksidasi (kehilangan elektron).  Potensi Redox atau  oksidasi mengurangkan potensi (ORP) dimana ia diukur pada kadar milivolts (mV) dengan menggunakan meter ORP. Lebih tinggi bacaan mV dalam ertikata (+) kategori campur, maka lebih banyak kerosakan pada air tersebut.  Kenapa? Mudah kerana ia mengimbas kekurangan elektron. Contoh, bacaan  +400mV menunjukkan bahawa 1 unit elektron ada. Ini tidak baik dimana air itu berkelompok pada tahap molekul dan sukar untuk diserap. Ia juga adalah aggresif dan menyebabkan oksidasi molekul berlaku.  

Disebalik itu, potensi Redox yang negatif memberi manafaat kepada tubuh badan kita. contoh, bacaan tolak (-) -72mV menunjukkan bahawa seratus juta (100,000,000) elektrons wujud. Ini baik kerana air itu di penuhi dengan elektron yang berkuasa bagi menyumbang kearah pengambilan elektron yang disuburkan oleh oksigen yang aktif.
 
Air Antioxidan, penyelesaian semula jadi

Tiada galang ganti terhadap kesihatan dan keseimbangan pemakanan, terutamanya bahan yang kaya dengan antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, beta-carotene, dan lainlain makanan yang baik untuk kita. Walaubagaimana pun, kebanyakan kita cuba untuk memasukkan keseimbangan pemakanan sumber antioksidan setiap hari, yang kadang kala boleh mengakibatkan keterlaluan. Cara yang mudah dan berkesan adalah dengan meminum air antioksidan.   

Bayangkan keselesaan  – bekalan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh badan diperolehi sambil mendapat banyak sumber imbangan dari air. Kita sedia maklum bahawa tubuh badan kita merangkumi 2/3 air.
 
Dengan meminum air antioxidan (banyak lebihan elektron) membantu tubuh badan anda menghalang oksidasi bahaya terhadap tisu yang sihat cergas. Air yang demikian merupakan sumber yang terbaik tindak balas yang cepat dan sedia untuk diserap dan ianya disalurkan keseluruh anggota badan dalam masa yang singkat.  Disamping itu kelompok air yang kecil membantu meningkatkan kadar penyerapan. Termasuk lah juga penggunaan air antioksidan dalam kehidupan seharian anda dan membantu mengekalkan kebahagiaan dan kehidupan yang sihat.
 
Penyelesaian semula jadi terdapat dalam punca air, luncuran salji dan ‘icebergs’ mengandungi caj ion negatif yang kuat. Tidak semua orang boleh mendapat akses kepada air ini namun teknologi moden memiliki ciri yang sama. Air yang sihat membekalkan banyak bahan dan mudah diserap oleh tubuh badan.
 
  • Faedah meminum air Antioxidan
  • Awet muda,sihat dan bertenaga
  • Melewatkan kesan penuaan
  • Mengekalkan kecantikkan dalaman dan luaran memerangi oksidasi dan pemusnahan tisu penting dan organ
  • Menghalang mutasi genetik sel sel yang sihat
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan penyakit kronik
  • Mempercepatkan metabolisma dan meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Membersihkan darah dan menghalang ‘arterioscelorosis’
  • Mempercepatkan `fermen’ aktif dan meringankan beban hati
  • Mempercepatkan pergerakan `vermicular’
  • Membantu meredakan kebengkakan dan mempercepatkan penyembuhan
  • Meneutralkan kadar asidik tubuh badan dan mengekalkan pH darah pada  7.2 – 7.45
Dymium Rejuvenator

Dymium Rejuvenator  ada  4 kartrij (8 peringkat) merangkumi system air yang menghasilkan air yang bersih dan selamat, dan ia mempamerkan 8 ciri penting air yang sihat.

Ia menukar air paip biasa kepada manafaat antioksidan dengan alkali dan tenaga. Sistem yang innovatif ini mengeluarkan kualiti air yang cemerlang tanpa menggunakan elektrik dan hasil kaji selidik serta pembangunan gabungan teknologi Nano dimana terhasil peneraju terkini sebagai pemangkin `Antioxidan Alkaline’.

Ia juga mengeluarkan bakteria, bahan berat, karat, lumpur, mendapan, kimia, bahan buangan industri, pencuci, virus, racun perosak, THMs, klorin dan  bahan bahan pencemaran yang lain – organik dan bukan organik.

Dymium Antioxidant Rejuvenator juga membantu menyahkan toksin dari badan yang terhasil dari tekanan dan cara pemakanan yang tidak sihat seperti memakan terlalu banyak makanan goreng dan daging, meminum air berkabonat dan kaffein.
 
Dymium Antioxidant Booster

Dymium Antioxidant Booster merupakan pencapaian teknologi yang membolehkan pengguna menikmati manafaat air anti oksidan tanpa perlu mengubah sistem penapisan sedia ada. Direka khusus untuk menyempurnakan sistem penapis air anda yang sedia ada dimana anda tidak perlu membazirkan wang untuk menukar keseluruhan sistem Hanya sambungkan sahaja kepada sistem sedia ada dan anda boleh mendapat manafaat kelebihan air antioksidan yang anda minum sehari hari.
 
 LIVE SUPPORT

Please click on image for any enquiry.
 Dymium Rejuvenator
 PRODUCT ARTICLES
 PRODUCT PUBLICATION