Click Here
Apakah Bio-Seramik?

Bio-Seramik adalah hasil yang diperbuat daripada pelbagai jenis campuran seramik dengan oksida galian seperti Silica Oxide (SiO2) dan Oksida Aluminum (Al202).

Bagaimanakah Bio-Seramik FIR dibuat?

Bio-Seramik FIR diperbuat daripada 26 jenis seramik dengan oksida galian pelbagai dan dipanaskan pada tahap 1600 darjah celsius dan dibiarkan sejuk. Setelah penyejukan, bio-seramik ini mampu mengeluarkan FIR.

Apakah Inframerah Jauh (FIR)?

FIR merupakan sebahagian daripada spektrum cahaya matahari yang tidak kelihatan bagi mata manusia. Spektrum lengkap cahaya matahari mengandungi sinaran yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat. Sinaran yang dapat dilihat adalah warna merah, jingga, kuning, hijau, indigo, biru dan ungu. Sinaran yang tidak kelihatan adalah Ultra Lembayung, Sinar X, Gamma, Kosmik, Gelombang Mikro, Gelombang Panjang, Gelombang Elektrikal dan Inframerah.



Gelombang elektromagnetik antara cahaya nampak dan gelombang mikro dipanggil inframerah. Panjang gelombang-gelombang inframerah berjulat dari 0.76 mikron hingga 1,000 micron (1 micron = 1/1,000,000 meter). Julat ini selanjutnya dibahagi kepada Dekat, Sederhana dan Jauh. FIR adalah sebahagian jalur spektrum inframerah antara 6 hingga 15 micron. Gelombang-gelombang FIR adalah termal. Dengan kata lain, kita menerima gelombang ini dalam bentuk haba. Berbanding dengan sinar Ultra Lembayung, FIR tidak berbahaya kepada tubuh badan.



Kebaikan FIR kepada tubuh manusia:

Panjang gelombang FIR yang jatuh di antara 4 hingga 50 micron biasanya dipanggil sinar Biogenetic. Sinar Biogenetic menggalakkan penyembuhan dan pertumbuhan sel-sel hidup terutama haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga manusia.

Salah satu sebab FIR memberi faedah ke atas kepelbagaian penyakit ialah apabila gelombang FIR menembusi jauh ke dalam kulit, masuk ke dalam protein, kolagen dan lemak. Getaran mikro FIR mampu menaikkan suhu tisu. Tubuh badan kemudiannya menjadi segar semula kerana peredaran mikro yang lebih baik. FIR juga mempunyai kebolehan untuk membuang toksin-toksin di dalam badan yang sering menjadi punca kepada masalah-masalah kesihatan.Peningkatan toksin-toksin di dalam tubuh badan boleh menjejaskan peredaran darah dan merosakkan selular tenaga.



Getaran gelombang FIR tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan. Mungkin terdapat kes-kes pengguna mengalami “krisis penyembuhan”.

Krisis penyembuhan atau kesan penyembuhan adalah pengalaman-pengalaman badan melalui proses pemberhentian toksin. Ini boleh diikuti oleh sakit-sakit atau kegelisahan pada badan kita. Dalam hal demikian, adalah dinasihatkan untuk meneruskan penggunaan. Sekiranya sakit-sakit berlarutan, berhenti penggunaan buat sementara waktu dan teruskan menggunakan selepas itu.

Tempoh keberkesanan produk bergantung kepada tubuh badan individu.

Tenaga Bio FIR membantu:
  • meningkatkan peredaran darah
  • meningkatkan tahap kesihatan
  • meningkatkan tahap oksigen
  • meningkatkan metabolisma sel-sel dan tisu
  • mengurangkan asid di dalam badan
  • membuang toksin dari badan
  • meredakan tekanan dan kesakitan badan
 LIVE SUPPORT

Please click on image for any enquiry.
 Dymium Rejuvenator
 PRODUCT ARTICLES
 PRODUCT PUBLICATION